Thursday, May 19, 2011

Tugasan Berkumpulan - MODEL PENGAJARAN ASSURE (Instructional Design)

MODEL ASSURE (http://www.scribd.com/doc/21399345/Model-Assure)
Apakah Model ASSURE?

·         Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media dan teknologi di dalam kelas.
·         Model ASSURE menyediakan rangka kerja perancangan yang sesuai dengan media dan teknologi yang sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran
·         Model ASSURE juga boleh digunakan dalam menyediakan rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
·         Dibangunkan oleh Heinrich & Molenda (2000) Model rekabentuk instruksi yang berteraskan kelas.
·         Boleh digandingkan dengan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne.
·         Sesuai bagi persekitaran konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif dengan persekitarannya.


Analyze Learners

·         Kenalpasti dan analisa pelajar yang akan terlibat di dalam P & P.
·         Beberapa perkara yg perlu diketahui:
a. Ciri-ciri am : Gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional atau sosial yang hadir, tahap sosioekonomi dll.
b. Kebolehan spesifik : pengetahuan sedia ada,  kemahiran dan sikap.
c. Gaya pembelajaran – verbal, logikal, visual, muzikal
d. Motivasi – mengapa pelajar mengikuti kelas tersebut

State Objectives

·         Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
·         Objektif mestilah jelas dan spesifik serta boleh diukur. Kejelasan penting untuk mewujudkan learner expectations di samping menentukan kriteria media dan teknologi yang akan digunakan.
·         Objektif boleh dibina oleh instruktor ataupun diadaptasi daripada sumber sokongan.
·         Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran:
1. Audience(Pelajar)
2. Behaviour to demonstrate (Perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran dilalui)
3. Conditions (Keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan perlakuan tersebut)
4. Degree of proficiency or accuracy(sejauh mana pelajar menguasai kemahiran.

Contoh: Pelajar Tahun 4 (Audience) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan karnivor (Behaviours) daripada senarai binatang yang diberikan (Conditions).


Select Media, Materials and Methods

·         Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar dan setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran tersebut dilakukan.
·         Langkah pertama – Kenalpasti lokasi P & P
·         Langkah kedua – Kenalpasti lokasi instruktor
·         Pemilihan media yang sesuai akan menolong mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar.
·         Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat  pemilihan media, bahan dan cara penyampaian:
a. Berpandukan objektif, apakah metodologi yang sesuai bagi penyampaian maklumat?
b. Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau perlukan arahan tambahan?
c. Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?
d. Apakah jenis media yang diperlukan?
e. Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media  tersebut?
f. Bolehkah instruktor menggunakan media sedia ada?
g. Perlukah instruktor membuat modifikasi terhadap media sedia ada tersebut?
h. Perlukah instruktor membentuk media sendiri?


Utilise Media and Materials

·         Selepas pemilihan dibuat, media and bahan tersebut mestilah digunakan.
·         Sebelum menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat previu dahulu untuk memastikan bahawa semuanya akan berjalan lancar.
·         Jalankan kajian rintis bagi memastikan kesesuaian media dan bahan tersebut. Di samping itu, membuat perubahan dan pembaikan jika perlu.
·         Heinich (2002) mencadangkan prinsip 5P di dalam fasa ini:
1. Preview (sebelum menggunakan bahan tersebut)
2. Prepare The Materials (mengikut urutan tertentu)
3. Prepare the Environment
4. Prepare the Learners
5. Provide the Learning Experience

Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya  terdapat masalah dari segi penggunaan media serta bahan.




Require Learner Participation

·         Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif akan meningkatkan pencapaian pelajar di samping membuka lebih ruang untuk kejayaan serta kepuasan pelajar.
·         Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka.
·         Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka.
·         Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran  kumpulan-kumpulan kecil, dyads, ujian serta penilaian.
·         Instruktor seharusnye menyediakan peluang yang cukup kepada pelajar untuk memanipulasikan serta berinteraksi dengan dengan seoptimumnya di dalam persekitaran pembelajaran tersebut.
·         Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas pembelajaran dijalankan.

Evaluate and Revise

·         Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi instruktor untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan instruksi.
·         Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan pelajar tidak mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya.
·         Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa bentuk – tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual, survei.
·         Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan.
·         Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam penilaian:
a. Adakah kemahiran / konsep dapat dipersembahkan?
b. Adakah pelajar mencapai objektif yang ditentukan?
c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran tersebut?
d. Adakah bahan dan sumber berkesan?
e. Adakah bahan dan sumber tersebut membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran?
f. Adakah pelajar telah menunjukkan perubahan?
g. Adakah penilaian mengukur apa yang diajar?
h. Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i. Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?

·         Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk  mengenal pasti puncanya.
·         Apabila pencapaian tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian bahawa masalah dan kelemahan datangnya dari kursus atau kandungan yang tidak dirancang dengan baik dan bukannya dari kelemahan pelajar.
·         Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang tidak berkesan jika P & P tidak berjaya tetapi seorang instruktor tersebut adalah tidak berkesan jika beliau tidak membuat refleksi serta penambahbaikan ke atas P & P yang telah dijalankan

No comments:

Post a Comment