Thursday, May 19, 2011

Tugasan Berkumpulan - MODEL PENGAJARAN KEMP, 1985 (Instructional Design)

Model Kemp, berorientasi pada perancangan pembelajaran yang menyeluruh dengan sasaran guru sekolah dasar dan sekolah menengah, dosen perguruan tinggi, pelatih di bidang industri, serta ahli media yang akan bekerja sebagai perancang pembelajaran. Menurut Miarso dan Soekamto, model pembelajaran Kemp dapat digunakan di semua tingkat pendidikan, mulai dari Sekolah sehingga Universiti.

Ada 4 unsur yang merupakan dasar dalam membuat model kemp:
  • Untuk siapa program itu dirancang? (ciri pebelajar)
  • Apa yang harus dipelajari? (tujuan yang akan dicapai)
  • Bagaimana isi bidang studi dapat dipelajari dengan baik? (metode/strategi pembelajaran)
  • Bagaimana mengetahui bahwa proses belajar telah berlangsung? (evaluasi)
Selain daripada itu juga, model Kemp ini merupakan pengembangan instruksional yang dikembangkan oleh Kemp (1977) ini juga disebut sebagai Reka bentuk Instruksional, yang terdiri dari 10 langkah.
a. Penentuan tujuan instruksional umum (TIU); iaitu tujuan yang ditetapkan menurut keperluan masing-masing.
b. Menganalisis karakteristik siswa; dalam analisis ini menjelaskan hal-hal yang berkenaan dengan latar belakang pendidikan siswa, sosial budaya yang memungkinkan dapat mengikuti program kegiatan belajar, serta langkah-langkah apa yang perlu ditetapkan.
c. Menentukan tujuan instruksional khusus (TIK); tujuan yang ditetapkan secara operasional, spesifik dan dapat diukur. Dengan demikian siswa dapat mengetahui apa yang akan mereka lakukan, bagaimana melakukannya dan apa ukuran yang digunakan bahawa mereka dapat mencapai tujuan belajar tersebut.
d. Menentukan materi pelajaran;yang sesuai dengan tujuan instruksional khusus yang telah ditetapkan.
e. Mengadakan penjajakan awal (preassesment); langkah ini sama halnya dengan test awal yang fungsinya untuk mengetahui kemampuan yang dimiliki siswa, apakah telah memenuhi syarat belajar yang ditentukan atau belum.
f. Menentukan strategi belajar dan mengajar yang relevan; Kemp menentukan 4 kriteria;
1) Efisiensi;
2) Keefektifan;
3) Ekonomi;
4) Kepraktisan.
Dalam memilih strategi belajar-mengajar tersebut harus melalui analisis alternatif.
g. Mengkoordinasi sarana penunjang yang disediakan, meliputi:
1) Biaya;
2) Fasiliti;
3) Peralatan;
4) Waktu dan
5) Tenaga
h. Mengadakan evaluasi; hasil evaluasi tersebut digunakan untuk mengawal dan mengkaji sejauh mana keberhasilan suatu program yang telah direncanakan mencapai sasaran yang diinginkan. Hasil evaluasi merupakan umpan balik untuk merevisi kembali tentang; program instruksional yang telah dibuat, instrument test, metode strategi yang dipakai dan sebagainya.

Tugasan Berkumpulan - MODEL PENGAJARAN ASSURE (Instructional Design)

MODEL ASSURE (http://www.scribd.com/doc/21399345/Model-Assure)
Apakah Model ASSURE?

·         Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media dan teknologi di dalam kelas.
·         Model ASSURE menyediakan rangka kerja perancangan yang sesuai dengan media dan teknologi yang sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran
·         Model ASSURE juga boleh digunakan dalam menyediakan rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
·         Dibangunkan oleh Heinrich & Molenda (2000) Model rekabentuk instruksi yang berteraskan kelas.
·         Boleh digandingkan dengan Sembilan Peringkat Pembelajaran Gagne.
·         Sesuai bagi persekitaran konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif dengan persekitarannya.


Analyze Learners

·         Kenalpasti dan analisa pelajar yang akan terlibat di dalam P & P.
·         Beberapa perkara yg perlu diketahui:
a. Ciri-ciri am : Gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional atau sosial yang hadir, tahap sosioekonomi dll.
b. Kebolehan spesifik : pengetahuan sedia ada,  kemahiran dan sikap.
c. Gaya pembelajaran – verbal, logikal, visual, muzikal
d. Motivasi – mengapa pelajar mengikuti kelas tersebut

State Objectives

·         Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
·         Objektif mestilah jelas dan spesifik serta boleh diukur. Kejelasan penting untuk mewujudkan learner expectations di samping menentukan kriteria media dan teknologi yang akan digunakan.
·         Objektif boleh dibina oleh instruktor ataupun diadaptasi daripada sumber sokongan.
·         Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran:
1. Audience(Pelajar)
2. Behaviour to demonstrate (Perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran dilalui)
3. Conditions (Keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan perlakuan tersebut)
4. Degree of proficiency or accuracy(sejauh mana pelajar menguasai kemahiran.

Contoh: Pelajar Tahun 4 (Audience) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan karnivor (Behaviours) daripada senarai binatang yang diberikan (Conditions).


Select Media, Materials and Methods

·         Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar dan setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran tersebut dilakukan.
·         Langkah pertama – Kenalpasti lokasi P & P
·         Langkah kedua – Kenalpasti lokasi instruktor
·         Pemilihan media yang sesuai akan menolong mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar.
·         Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat  pemilihan media, bahan dan cara penyampaian:
a. Berpandukan objektif, apakah metodologi yang sesuai bagi penyampaian maklumat?
b. Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau perlukan arahan tambahan?
c. Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?
d. Apakah jenis media yang diperlukan?
e. Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media  tersebut?
f. Bolehkah instruktor menggunakan media sedia ada?
g. Perlukah instruktor membuat modifikasi terhadap media sedia ada tersebut?
h. Perlukah instruktor membentuk media sendiri?


Utilise Media and Materials

·         Selepas pemilihan dibuat, media and bahan tersebut mestilah digunakan.
·         Sebelum menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat previu dahulu untuk memastikan bahawa semuanya akan berjalan lancar.
·         Jalankan kajian rintis bagi memastikan kesesuaian media dan bahan tersebut. Di samping itu, membuat perubahan dan pembaikan jika perlu.
·         Heinich (2002) mencadangkan prinsip 5P di dalam fasa ini:
1. Preview (sebelum menggunakan bahan tersebut)
2. Prepare The Materials (mengikut urutan tertentu)
3. Prepare the Environment
4. Prepare the Learners
5. Provide the Learning Experience

Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya  terdapat masalah dari segi penggunaan media serta bahan.




Require Learner Participation

·         Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif akan meningkatkan pencapaian pelajar di samping membuka lebih ruang untuk kejayaan serta kepuasan pelajar.
·         Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka.
·         Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka.
·         Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran  kumpulan-kumpulan kecil, dyads, ujian serta penilaian.
·         Instruktor seharusnye menyediakan peluang yang cukup kepada pelajar untuk memanipulasikan serta berinteraksi dengan dengan seoptimumnya di dalam persekitaran pembelajaran tersebut.
·         Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas pembelajaran dijalankan.

Evaluate and Revise

·         Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi instruktor untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan instruksi.
·         Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan pelajar tidak mencapai matlamat pembelajaran yang sepatutnya.
·         Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa bentuk – tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual, survei.
·         Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan.
·         Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam penilaian:
a. Adakah kemahiran / konsep dapat dipersembahkan?
b. Adakah pelajar mencapai objektif yang ditentukan?
c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran tersebut?
d. Adakah bahan dan sumber berkesan?
e. Adakah bahan dan sumber tersebut membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran?
f. Adakah pelajar telah menunjukkan perubahan?
g. Adakah penilaian mengukur apa yang diajar?
h. Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i. Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?

·         Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk  mengenal pasti puncanya.
·         Apabila pencapaian tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian bahawa masalah dan kelemahan datangnya dari kursus atau kandungan yang tidak dirancang dengan baik dan bukannya dari kelemahan pelajar.
·         Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang tidak berkesan jika P & P tidak berjaya tetapi seorang instruktor tersebut adalah tidak berkesan jika beliau tidak membuat refleksi serta penambahbaikan ke atas P & P yang telah dijalankan

Tugasan Berkumpulan - MODEL PENGAJARAN DICK & CAREY (Instructional Design)

MODEL DICK AND CAREY

Model Dick and Carey yang berorientasikan sistem memperincikan satu proses pengulangan yang boleh diaplikasikan dalam berbagai bidang. Model merupakan model yang paling dikenali dengan rekabentuk sistematik dan menjadi standard kepada semua model ID ( dan kaedah-kaedah alternatif untuk merekabentuk dan membangun). (Gustafson and Branch, 2002, p.59).

Model Pendekatan Sistem adalah berasaskan satu teori yang mengatakan “terdapat hubungan yang boleh diramal dan sesuai antara satu stimulus (bahan instruksional) dan tindakbalas yang dihasilkan pelajar” (McGriff, 2001,p.2). Ia menyatakan bahawa:
            Satu proses sistematik yang mana setiap komponen (guru, pelajar, bahan dan suasana pembelajaran) merupakan unsur penting kepada pembelajaran... Satu sistem yang secara teknikalnya  adalah satu set  bahagian yang sentiasa berhubung, berfungsi secara bersama ke arah objektif atau tujuan yang disasarkan. Setiap bahagian bergantung antara satu sama lain bagi input dan output dan keseluruhan sistem menggunakan maklumbalas sebagai tanda bahawa objektif yang disasarkan telah tercapai. (Dick and Cary, 1990.p.3)

Dalam model ini, setiap komponen adalah kritikal. Tiada satu pun yang boleh ditinggalkan.Sesetengah langkah boleh diselesaikan secara selari tetapi semuanya mesti diselesaikan. Oleh kerana keadaannya yang begitu sistematik dan tersusun, model ini menjadi piawai kepada perekabentuk projek.

Model ini membawa pereka bentuk kepada tujuan pengajaran dengan cara menjalankan penilaian dan dokumentasi bagi objektif pembelajaran yang  jelas dan boleh diukur. Dengan memantau perkembangan pengajaran sebagai satu proses sistematik  yang dianggap sebagai satu fungsi bagi setiap komponen, melalui proses penilaian formatif dan sumatif, penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan tujuan pengajaran tercapai.

Model ini mempunyai sembilan komponen. Penilaian sumatif merupakan kemuncak  penilaian tentang keberkesanan pengajaran yang mana secara amnya bukanlah sebahagian dari proses dalam rekabentuk ini. (Dick and Carey, 1990, p.6).

Terdapat satu kritikan terhadap model ini iaitu, ia menganggap pembelajaran adalah  berasaskan pada penguasaan satu set perlakuan yang boleh dijangka dan boleh dipercayai sedangkan perlakuan sebenarnya tidak boleh dijangka. (McGriff, 2001, p.3). Di sebalik kritikan ini, model Dick and Carey terus menjadi pilihan dan diakui secara meluas. Model ini juga dikatakan menunjukkan asas proses rekabentuk yang digunakan di banyak perniagaan, industri, kerajaan dan setting latihan ketenteraan, malah juga memberi kesan kepada prestasi teknologi dan aplikasi komputer dalam pengajaran.

Output kepada model berasaskan sistem ini biasanya adalah keseluruhan kursus atau kurikulum. Bagi menghasilkan hasil yang begini besar, komitmen satu pasukan dan sumber di peringkat tinggi amat diperlukan. Pasukan yang ada akan juga disertai oleh pakar rekabentuk pengajaran yang mampu menjalankan penilaian formatif yang extensive. Kesemua bahan akan dibangunkan dan diedarkan secara meluas.

Dalam menentukan sama ada model ini boleh diaplikasikan dalam eLearning seseorang perlu mengambil kira respon Dick and Carey kepada penggunaan model ini kepada berbagai media. Mereka menyatakan bahawa selain dari sesuai untuk membangunkan pengajaran bercetak (print based instruction), ia juga dapat memenuhi keperluan apa saja medium pengajaran. Pembangun eLearning  boleh menggunakan pernyataan-pernyataan dalam strategi pengajaran bagi menghasilkan story board atau paparan skrin. Dick and carey juga menegaskan bahawa dengan menggunakan Model Kaedah Sistem mereka, para pereka bentuk akan dipandu dalam melengkapkan analisis mereka  dan membuat keputusan apa yang perlu diajar, kepada siapa dan bagaimana sebelum memilih medium. Mereka juga mengingatkan , kebanyakan kajian mengakui bahawa sebenarnya yang lebih penting adalah proses dan bukannya kaedah penyampaian yang menentukan kejayaan sesuatu pengajaran.

Kekuatan Model
1.       Satu model yang amat sistematik dan tersusun. Semua proses yang dinyatakan mengikut langkah dari awal hingga akhir. Setiap proses yang telah dijalankan boleh diulang semua sekiranya dirasakan hasilnya tidak menepati jangkaan.
2.       Melalui model ini setiap perekabentuk akan dipandu langkah demi langkah. Setiap proses yang dijalankan mempunyi kaitan denga proses-proses lain yang mana ianya akan memberikan gambaran yang jelas tentang jangkaan hasil dari model ini.
3.       Model ini dianggap amat sempurna hingga boeh diaplkasikan dalam semua bidang sama ada pendidikan, awam, kesihatan mahupun sistem keselamatan.
4.       Model ini juga sentiasa menjadi piawai kepada semua perekabentuk projek.

Kelemahan Model
  1. Setiap komponen dalam model ini perlu dijalankan tanpa ada yang boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan ianya akan mencacatkan proses dan seterusnya memberikan hasil yang tidak menepati kehendak model.
  2. Output kepada aplikasi model ini biasanya amat besar dan memerlukan komitmen dari banyak pihak yang berkepentingan. Semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama dalam menjayakan projek. 

Monday, March 28, 2011

TUGASAN 2: ULASAN BUKU


ULASAN BUKU/BOOK REVIEW

Web-based Training Cookbook oleh Brandon Hall. 1997. Wiley Computer Publishing, John Wiley & Sons, Inc. 482 halaman. Mengandungi indeks, Appendix : ms. 474-482, ISBN 0-471-18021-1


SINOPSIS
                    Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah serta para pelajar yang mengajar serta mengikuti kursus dalam “Web-Based Training” serta yang ingin belajar mengenai ilmu Web-Based Training dalam pendidikan. Buku setebal 482 muka surat ini mempunyai 13 bab dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian 1-What You need to Know About Web-Based Training. Bahagian 2- Planning, Developing and Implementing Web-Based Training. Bahagian 3- Creating Web-Based Training dan bahagian 4- Appedixes.
                    Bagi buku ini, ia dimulai dengan bahagian pertama yang merangkumi bab 1- bab 4. Di dalam bab 1, menerangkan mengenai Examples of Web-Based Training, terdiri daripada Type 1:Text and Graphics Web-Based Training Programs. Type 2: Interactive Web-Based Training Programs, Type 3: Interactive Multimedia Web-Based Training Programs. Bab dua tertumpu kepada FAQs:Frequently Asked Questions about Web-Based Training.    Bab 3 menyentuh mengenai Internet Technology Basics yang merangkumi The Web, Your Browser, Languages dan Resources. Manakala  bagi Bab 4 pula menceritakan mengenai Hardware and Software You Need yang merangkumi tiga topik kecil iaitu Hardware, Software dan Networking.
                    Bahagian 2 pula merangkumi bab 5- bab 10. Bab 5 pula menjelaskan mengenai The Development Process melibatkan penerangan terhadap Development Overview, The Vision, The Project Team for Custom Development dan Where to Find Your Staff. Bagi bab 6 pula ialah Buliding a Business Case for Web-Based Training. Antara subtopik bagi bab ini ialah Business Concerns, Return-On- Investment Studies, Market Research about Web- Based Training, Request for Proposals/ Sample Proposals dan Cost Estimates for Web-Based Training. Bab 7 pula menerangkan mengenai Planning for Technology and Converting Your Curiculum dan merangkumi dua subtopik iaitu Developing a Technology Plan dan Converting Your Curriculum. Bab 8 menjuruskan kepada Designing Courses for the Web. Subtopik bagi bab ini ialah Basic Web Design Guidelines, Some Elements of good Web Design, Choosing an Authoring Tool, Authoring Tools, Which Tool to Use? dan Instuctional Design for the Web. Bab 9 pula menjurus kepada Online Testing. Antara subtopik bab ini ialah Web@ssessor. Decisive Survey, Question Mark dan Security.  Bab 10 tertumpu kepada Program Administration. Antara subtopiknya ialah LOIS, Lotus, Oracle Learning Architecture, WBTSytems, Empower Coporation: Learning Development and Distribution Infrastructure dan akhir sekali ialah TeamScape’s Learning Junction.
                    Bahagian 3 bagi buku ini ialah bab 11- bab 13. Bab 11 menerangkan mengenai tentang Level 1 Courses: Text and Graphics. Terdiri daripada How to Determine if Text and Graphics Is the Way to Go, Creating a Text and Graphics Web-Based Training Course, Creating an E-mail Course, Planning a Discussion Forum and E-Mail Course. Seterusnya ialah Creating an Online Course: A Case Study, Creating a Discussion Forum/Board: A Case Study dan terakhir sekali Text and Graphics with Live Training: A Case Study. Bagi Bab 12 pula, ia memberi penerangan kepada Level 2 Courses: Interactive Text and Graphics yang mengandungi subtopik Interactive Text and Graohics Course Defines, Creating Interactive Text and Graphics, Off-the-Shelf Courses dan External Development. Seterusnya pula ialah Bab 13 memperincikan mengenai topik Level 3 Courses: Interactive Multimedia mengandungi 3 subtopik bagi tahap ini. Antaranya ialah How to Determine if Interactive Multimedia Is Right for You, Creating Interactive Multimedia dan Distance Learning and Computer-Based Training in One.
                    Bagi bahagian 4 pula menerangkan mengenai Appendixes. Terdapat 6 appendiks yang dijelaskan dalam buku ini. Appendiks A ialah Sample Proposal, Appendiks B: Criteria for Evaluating Programs. Appendiks C: Legal Issues, Appendiks D: Online Curriculum Providers, Appendiks E: Sample Code dan Appendiks F: About the CD-ROM and Web Site. Buku ini turut menyediakan lampiran Indeks untuk memudahkan pencarian pembaca mengenai sesuatu perkataan ataupun istilah yang ingin dicari secara lebih terperinci dengan mudah.     

Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku Web-Bases Training  Cookbook ini memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan dengan jenis-jenis e-learning dan bagaimana ia dilaksanakan. Secara umumnya, E-learning merupakan konsep pembelajaran menggunakan internet dan dibawah konsep ini terdapat pelbagai jenis pembelajaran yang setiap satunya mempunyai perlaksanaan dan tujuna yang tertentu. E-pembelajaran ini dibahagikan kepda tiga jenis yang utama iaitu, e-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi Web ( Web based Training- WBT), e-pembelajaran yang berasaskan komputer ( Computer Based Training- CBT ) dan e-pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata.  
                    Dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kepada pembaca mengenai  e-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi Web ( Web based Training- WBT). Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, semua corporate training World berkejar-kejar untuk memastikan mereka melakukan perubahan, dan membangun dengan megahnya dengan World Wide Web. World Wide Web atau WWW atau singkatnya web adalah nama yang diberikan untuk semua bahagian Internet yang dapat diakses dengan software web browser. Sekarang ini terdapat beberapa software web browser yang sering digunakan oleh kita semua iaitu Microdoft Internet Explorer, Netscape Navigator, Modzilla dan Opera.   
                    Manakala HTML digunakan dalam WWW ini yang mana HTML ( Hyper Text Markup Language) merupakan file teks atau file ASCII yang mempunyai instruksi/ script kepada web browser untuk menampilkan suatu tampilan grafik yang lebih menarik dari sebuah halaman web. Di dalam file HTML ini terdapat beberapa “tag” atau kod-kod yang digunakan oleh web browser dan dapat menampilkannya di skrin. HTML ini merupakan satu bahasa pengaturcaraan yang lebih senang untuk difahami. Sementara itu, Web ini sangat berguna kepada pelatih/pelajar untuk mempelajari mengenai statik atau bahan-bahan yang tidak dapat diubah, yang mana ia sangat berguna dan mudah digunakan oleh pelajar/pelatih yang ingin meningkatkan serta mengemaskini lagi kursus mereka dengan lebih kerap. Terdapat tiga keadaan yang berguna dalam e-pembelajaran berasaskan Web ini ialah perisian; “computer-related hardware education; training untuk menghasilkan produk teknologi yang berteknologi lebih tinggi dan training dalam soft skills iaitu; pengurusan, kepimpinan dan dalam khidmat pelanggan.
                    Internet dikatakan menjadi satu corak kepada pendidkan tinggi lebih daripada dunia korporat, yang mana dengan internet ia digunakan untuk menyampaikan surat menyurat yang berkaitan dengan universiti. Ke semua kemungkinan penggunaan rapid-delivery, mulimedia-capable, instantly-updatable delivery system bagi e-pembelajaran dan pendidikan akan diteliti.


Kesimpulan/ Rumusan Bagi Ke semua bab

E-pembelajaran berasaskan Web sekarang ini telah membuat satu kelainan dalam sesebuah organisasi  dengan menyediakan satu cara untuk menyampaikan latihan (training) yang mana ia lebih murah dan lebih mudah digunakan daripada alternatif yang lain. Ini bermakna dari segi kos, baik dari pihak pengedndali atau pengguna, kedua-duanya mendapat faedah daripada e-pembelajaran yang hanya memerlukan kos yang lebih rendah berbanding pendidikan tradisional. Dari segi bahan pembelajaran adalah secara elektronik dan dapat mengurangkan kos bagi penggunaan kertas.
                    Terdapat program yang lebih efektif berkaitan dengan Web ini, yang mana ianya terdiri daripada 3 kategori utama bagi training: computer training, technical training dan soft skills training. Teknologi yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu bahan melalui internet mahupun intranet telah meningkat dengan pantas dan bentuk penyampaian yang baru ialah kesenian bagi multimedia Web-Based Training. Ia berada pada satu tahap bagi kemahiran dalam penyampaian multimedia iaitu penggunaan CD-ROM.
                    Berdasarkan media dan peningkatan interaktif bagi Web Based Training, ia telah diidentifikasikan kepada 3 jenis keperluan iaitu;
       i.        Jenis 1: Teks dan Grafik Web Based Training.
ü  Teks dan grafik adalah bentuk yang paling sederhana dalam Web Based Training Program. Instruktur hanya menyimpan bahan-bahan kursus di dalam web, dan pelajar dapat mengaksesnya dengan mudah. Ini kerana dengan hanya menampilkan teks dan grafik sahaja, tahap interaktif dari model Web Training seperti ini sangat rendah.
      ii.        Jenis 2: Interactive Web Based Training
ü  Model Web Training seperti ini memiliki tahap interaktif yang lebih tinggi dibandingkan dengan Teks dan Grafik Web Based Training. Biasanya model ini dilengkapi dengan latihan atau self-test, text entry, column matching dan lain-lain.
     iii.        Jenis 3: Interactive Web Based Training.
ü  Kebanyakan program pelatihan atau belajar dengan menggunakan model seperti ini biasanya membuat interaksi antara guru dan pelajar secara real-time melalui audio dan video streaming, interactive web discussion, bahkan audio/video desktop conference. Tahap interaktif model ketiga ini paling tinggi di antara yang lainnya dan paling rumit dalam pelaksanaannya, tetapi model ini diharapkan dapat mencakupi semua situasi belajar-mengajar pada kelas bersemuka. 

Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku
HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Memberi beberapa panduan kepada pembaca berkenaan dengan jenis-jenis e-learning dan bagaimana ia dilaksanakan.

Secara umumnya, E-learning merupakan konsep pembelajaran menggunakan internet dan dibawah konsep ini terdapat pelbagai jenis pembelajaran yang setiap satunya mempunyai perlaksanaan dan tujuna yang tertentu.

E-pembelajaran ini dibahagikan kepda tiga jenis yang utama iaitu, e-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi Web ( Web based Training- WBT), e-pembelajaran yang berasaskan komputer ( Computer Based Training- CBT ) dan e-pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata. 

HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        World Wide Web atau WWW atau singkatnya web adalah nama yang diberikan untuk semua bahagian Internet yang dapat diakses dengan software web browser.
     ii.        Manakala HTML digunakan dalam WWW ini yang mana HTML ( Hyper Text Markup Language) merupakan file teks atau file ASCII yang mempunyai instruksi/ script kepada web browser untuk menampilkan suatu tampilan grafik yang lebih menarik dari sebuah halaman web.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Terdapat tiga keadaan yang berguna dalam e-pembelajaran berasaskan Web ini ialah perisian; “computer-related hardware education; training untuk menghasilkan produk teknologi yang berteknologi lebih tinggi dan training dalam soft skills iaitu; pengurusan, kepimpinan dan dalam khidmat pelanggan.

HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan

Terdapat program yang lebih efektif berkaitan dengan Web ini, yang mana ianya terdiri daripada 3 kategori utama bagi training: computer training, technical training dan soft skills training.

Berdasarkan media dan peningkatan interaktif bagi Web Based Training, ia telah diidentifikasikan kepada 3 jenis keperluan iaitu;

Jenis 1: Teks dan Grafik Web Based Training.

Jenis 2: Interactive Web Based Training

Jenis 3: Interactive Web Based Training.

HP5
Sumber; buku   

Web-based Training Cookbook oleh Brandon Hall. 1997. Wiley Computer Publishing, John Wiley & Sons, Inc. 482 halaman. Mengandungi indeks, Appendix : ms. 474-482, ISBN 0-471-18021-1


HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog