Thursday, May 19, 2011

Tugasan Berkumpulan - MODEL PENGAJARAN DICK & CAREY (Instructional Design)

MODEL DICK AND CAREY

Model Dick and Carey yang berorientasikan sistem memperincikan satu proses pengulangan yang boleh diaplikasikan dalam berbagai bidang. Model merupakan model yang paling dikenali dengan rekabentuk sistematik dan menjadi standard kepada semua model ID ( dan kaedah-kaedah alternatif untuk merekabentuk dan membangun). (Gustafson and Branch, 2002, p.59).

Model Pendekatan Sistem adalah berasaskan satu teori yang mengatakan “terdapat hubungan yang boleh diramal dan sesuai antara satu stimulus (bahan instruksional) dan tindakbalas yang dihasilkan pelajar” (McGriff, 2001,p.2). Ia menyatakan bahawa:
            Satu proses sistematik yang mana setiap komponen (guru, pelajar, bahan dan suasana pembelajaran) merupakan unsur penting kepada pembelajaran... Satu sistem yang secara teknikalnya  adalah satu set  bahagian yang sentiasa berhubung, berfungsi secara bersama ke arah objektif atau tujuan yang disasarkan. Setiap bahagian bergantung antara satu sama lain bagi input dan output dan keseluruhan sistem menggunakan maklumbalas sebagai tanda bahawa objektif yang disasarkan telah tercapai. (Dick and Cary, 1990.p.3)

Dalam model ini, setiap komponen adalah kritikal. Tiada satu pun yang boleh ditinggalkan.Sesetengah langkah boleh diselesaikan secara selari tetapi semuanya mesti diselesaikan. Oleh kerana keadaannya yang begitu sistematik dan tersusun, model ini menjadi piawai kepada perekabentuk projek.

Model ini membawa pereka bentuk kepada tujuan pengajaran dengan cara menjalankan penilaian dan dokumentasi bagi objektif pembelajaran yang  jelas dan boleh diukur. Dengan memantau perkembangan pengajaran sebagai satu proses sistematik  yang dianggap sebagai satu fungsi bagi setiap komponen, melalui proses penilaian formatif dan sumatif, penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan tujuan pengajaran tercapai.

Model ini mempunyai sembilan komponen. Penilaian sumatif merupakan kemuncak  penilaian tentang keberkesanan pengajaran yang mana secara amnya bukanlah sebahagian dari proses dalam rekabentuk ini. (Dick and Carey, 1990, p.6).

Terdapat satu kritikan terhadap model ini iaitu, ia menganggap pembelajaran adalah  berasaskan pada penguasaan satu set perlakuan yang boleh dijangka dan boleh dipercayai sedangkan perlakuan sebenarnya tidak boleh dijangka. (McGriff, 2001, p.3). Di sebalik kritikan ini, model Dick and Carey terus menjadi pilihan dan diakui secara meluas. Model ini juga dikatakan menunjukkan asas proses rekabentuk yang digunakan di banyak perniagaan, industri, kerajaan dan setting latihan ketenteraan, malah juga memberi kesan kepada prestasi teknologi dan aplikasi komputer dalam pengajaran.

Output kepada model berasaskan sistem ini biasanya adalah keseluruhan kursus atau kurikulum. Bagi menghasilkan hasil yang begini besar, komitmen satu pasukan dan sumber di peringkat tinggi amat diperlukan. Pasukan yang ada akan juga disertai oleh pakar rekabentuk pengajaran yang mampu menjalankan penilaian formatif yang extensive. Kesemua bahan akan dibangunkan dan diedarkan secara meluas.

Dalam menentukan sama ada model ini boleh diaplikasikan dalam eLearning seseorang perlu mengambil kira respon Dick and Carey kepada penggunaan model ini kepada berbagai media. Mereka menyatakan bahawa selain dari sesuai untuk membangunkan pengajaran bercetak (print based instruction), ia juga dapat memenuhi keperluan apa saja medium pengajaran. Pembangun eLearning  boleh menggunakan pernyataan-pernyataan dalam strategi pengajaran bagi menghasilkan story board atau paparan skrin. Dick and carey juga menegaskan bahawa dengan menggunakan Model Kaedah Sistem mereka, para pereka bentuk akan dipandu dalam melengkapkan analisis mereka  dan membuat keputusan apa yang perlu diajar, kepada siapa dan bagaimana sebelum memilih medium. Mereka juga mengingatkan , kebanyakan kajian mengakui bahawa sebenarnya yang lebih penting adalah proses dan bukannya kaedah penyampaian yang menentukan kejayaan sesuatu pengajaran.

Kekuatan Model
1.       Satu model yang amat sistematik dan tersusun. Semua proses yang dinyatakan mengikut langkah dari awal hingga akhir. Setiap proses yang telah dijalankan boleh diulang semua sekiranya dirasakan hasilnya tidak menepati jangkaan.
2.       Melalui model ini setiap perekabentuk akan dipandu langkah demi langkah. Setiap proses yang dijalankan mempunyi kaitan denga proses-proses lain yang mana ianya akan memberikan gambaran yang jelas tentang jangkaan hasil dari model ini.
3.       Model ini dianggap amat sempurna hingga boeh diaplkasikan dalam semua bidang sama ada pendidikan, awam, kesihatan mahupun sistem keselamatan.
4.       Model ini juga sentiasa menjadi piawai kepada semua perekabentuk projek.

Kelemahan Model
  1. Setiap komponen dalam model ini perlu dijalankan tanpa ada yang boleh ditinggalkan. Jika ditinggalkan ianya akan mencacatkan proses dan seterusnya memberikan hasil yang tidak menepati kehendak model.
  2. Output kepada aplikasi model ini biasanya amat besar dan memerlukan komitmen dari banyak pihak yang berkepentingan. Semua pihak yang terlibat perlu bekerjasama dalam menjayakan projek. 

No comments:

Post a Comment