Thursday, March 24, 2011

JURNAL 4

C. C. MATE-KOLE, R. P. FELLOWS, P. C. SAID, J. MCDOUGAL, K. CATAYONG,
V. DANG, & J. GIANESINI. 2007. Use of computer assisted and interactive cognitive training programmes with moderate to severely demented individuals: A preliminary study. Aging & Mental Health, September 2007; 11(5): 485–495



Pengenalan

Kajian ini merupakan penyelidikan mengenai potensi kesan bagi interaktif latihan kognitif  dan computer-assisted programmers dalam mengurangkan kemerosotan demensia orang dewasa. Matlamat utama bagi pengaturcara ini adalah untuk mengekalkan tahap penglibatan dengan fungsi kognitif. Persediaan kajian menunjukkan bahawa latihan kognitif gabungan interaktif dan individu yang berpusatkan kepada latihan program komputer yang berkesan dapat mengurangkan penurunan/ kemerosotan bahkan meningkatkan fungsi kognitif dan perilaku bagi orang dewasa yang lebih tua. Kajian ini dikendalikan untuk menilai efikasi pengaturcara terlatih untuk meningkatkan tahap keupyaan mental dan berfikir.




Perbincangan


Terdapat beberapa cara mudah untuk membina e-learning berasaskan web dengan percuma. Antara cadangan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Membangunkan sendiri sistem dan antara muka tersebut dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL yang boleh didapati secara percuma
di Internet. Namun ia memerlukan kemahiran dalam dua perkara tersebut dan perlu
kos tambahan untuk meletakkan web kita di Internet.

2. Menggunakan sistem pengurusan kandungan web yang sedia dimuat turunkan secara
percuma daripada Internet seperti Moddle, Mambo dan lain-lain. Ia memerlukan sedikit kemahiran dari segi penggunaan sistem pengurusan kandungan tersebut dan memerlukan kos tambahan untuk meletakkan web sistem E-pembelajaran tersebut di Internet.

3. Menggunakan sistem web untuk kumpulan perbincangan secara percuma seperti yang disediakan oleh Yahoo Groups!, Myspace , Google dan lain-lain.


            Seperti yang sedia tahu, Teori kognitif  adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek.  Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat  yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran komputer.  Teori ini juga  menyediakan  pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna.  Pelajar  memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan  pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu lebih teratur dan mudah diperolehi.  Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer.  Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .




Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Cbt- Computer Based Training dalam bahagian latihan berasaskan komputer merupakan pengaplikasian komponen multimedia dalam komputer seperti persembahan power point, CD-ROM, DVD dan sebagainya. Kelebihan Cbt- Computer Based Training adalah ianya boleh digunakan tanpa perlu mengakses internet. Selain itu material yang disediakan dalam Cbt- Computer Based Training adalah lebih berkualiti tinggi tetapi memerlukan ruang simpanan yang lebih besar. Contoh program pembelajaran menggunakan CBT adalah seperti CD-ROM interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian ataupun daripada pihak swasta seperti Lingua phone yang menggunakan CD-ROM dan juga alat berbantu komputer yang lain. Melalui CBT juga tiada interaksi langsung antara pengajar dan pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar akan diuji mengikut format yang ditentukan oleh pemilik program. Contohnya Lingua phone akan menguji pengguna produk mereka setiap kali pengguna telah bersedia untuk diuji, dan sekiranya pengguna lulus, mereka akan diberi penghargaan berupa kenaikan pangkat kefahaman dalam bentuk sijil.
            Menurut Howard Gardner, manusia mempunyai lapan kecerdasan yang berbeza iaitu Linguistic intelligence ("word smart"), Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart"), Spatial intelligence ("picture smart"), Bodily-Kine sthetic intelligence ("body smart"), Musical intelligence ("music smart"), Inter personal intelligence ("people smart"),Intrapersonal intelligence ("self smart" ), Naturalist intelligence ("nature smart"). E-learning adalah kombinasi daripada audio visual serta pelbagai bentuk bahan pembelajaran yang lebih interaktif. Oleh itu, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan mengikut teori Howard Gardner tersebut.

Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        pengenalan mengenai nilai kognitif serta kaitannya dengan bantuan penggunaan komputer dalam training.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam perbincangan yang mana menerangkan mengenai cara mudah untuk membina e-learning berasaskan web dengan percuma
HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan


HP5
Sumber; jurnal    Aging & Mental Health, September 2007; 11(5): 485–495


http://www.scribd.com/doc/28604493/pembelajaran-e-learning

http://ishakothman.tripod.com/ppbk4.htm




HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog







No comments:

Post a Comment