Thursday, March 24, 2011

JURNAL 3


C. Lauren, S.Amy, B.Mike & M.Stough. Laura. ( 2009). Developing a Web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education. Education Tech Research Dev. 58:377-398


Pengenalan



Penyelidikan mengenai reka bentuk, pembangunan, implementasi, dan penilaian bagi maklumat dan instrusional Website dalam erti kata lain adalah untuk menghasilkan panduan instruksional kepada pereka bentuk untuk menulis/membaca persekitaran mengenai Web. Semua proses bagi reka bentuk dan pembangunan kajian, masalah yang timbul, penyelesaian berdasarkan teori dan penilaian dan pengujian.  Berdasarkan pengalaman yang sedia ada, pengkaji telah mengenalpasti 16 panduan untuk pereka bentuk dan pemaju yang akan datang/ baru bagi membaca/menulis mengenai persekitaran Web-based learning. Pembuktian pembelajaran bagaimana membaca/menulis mengenai teknologi Web boleh digunakan untuk mengalamatkan masalah secara menyeluruh/umum yang mana intrinsik dalam kepentingan sosial; menilai pengimplementasian mengenai teknologi dalam membaca/menulis secara konteks kehidupan yang betul/wujud. Dan dengan itu, meratakan/membahagikan pengujian teori pembelajaran kognitif; memberitahu bahawa reka bentuk tersebut adalah serupa dengan persekitaran sebenar dan menyediakan grounded teori bagi reka bentuk tersebut serta pembangunan dalam mendalami persekitaran pembelajaran Web.

            Sebuah badan penyelidik pendidikan berpendapat bahawa kajian reka bentuk dan pembangunan, juga disebut reka bentuk berasaskan penyelidikan, dilakukan untuk menjadi jejantas bagi kajian teoritis dan amalan pendidikan. Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah, definisi deskriptif dan penelitian reka bentuk yang berpusat (A) pragmatik, (b) beralasan; (c) interaktif, iteratif, dan fleksibel, (d) integratif, dan (e) kontekstual:''Sebuah metodologi yang sistematik namun fleksibel bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan pendidikan
melalui analisis berulang, reka bentuk, pengembangan, dan implementasi, didasarkan pada kolaborasi antara penyelidik dan pengamal dalam tatacara dunia nyata, dan menyebabkan
kesensitifan kontekstual-prinsip dan teori-teori reka bentuk''.

            Penelitian tersebut menghasilkan pengetahuan yang digunakan tentang reka bentuk dan pembangunan persekitaran belajar yang inovatif dan konteks aplikasi teori belajar dan mengajar. Penghuraian reka bentuk dan pembangunan pengalaman berdasarkan dunia nyata menyediakan pelajaran-belajar tentang reka bentuk instruksional, pengembangan, dan penerapan persekitaran pembelajaran dan campur tangan dalam pendidikan.


Masalah praktikal

Menurut McCarthy & Stough 2000, mereka berpendapat bahawa sebuah cabaran yang berterusan bagi individu Kurang Upaya dan keluarga mereka adalah mendapatkan akses
untuk maklumat tentang perkhidmatan sokongan. Keperluan analisis yang dikendalikan untuk mengenalpasti matlamat yang spesifik, menentukan bagaimana matlamat yang sedia ada dicapai, menentukan jurang antara yang wujud dengan keperluan, keutamaan jurang menurut kriteria yang dipersetujui terlebih dahulu, dan menentukan jurang yang mana boleh dialamatkan menerusi arahan. Keperluan analisis mengandungi aktiviti-aktiviti termasukla siri-siri bagi 60 minit berfokuskan kepada kumpulan yang diambil dari 7 lokasi. Penglibatan dalam kajian ini adalah kumpulan fasilitator bagi pekerja Center on Disability and Development and the Texas Agrilife Extension Office. Penglibatan ini difokuskan kepada 2 kumpulan iaitu ajen-ibu bapa.
            Dalam kes projek ini,  pengkaji mendapati bahawa pembaharuan county
agen menerima sedikit latihan tentang isu-isu kecacatan dan terhad, oleh kerana itu, dalam
kemampuan mereka untuk menyediakan rujukan sumber daya masyarakat. Mekanisme untuk menyokong pendekatan county agen, bagaimanapun, harus dijadikan direktori sumber daya yang cepat dan mudah diakses pada just-in-time basic.





Perbincangan

Web Based Training (WBT) sama/hampir serupa dengan Computer Based Training (CBT). Pada umumnya para pelajar yang akan menggunakan sesuatu laman web akan diminta untuk mendaftar terlebih dahulu, dan akan mendapatkan password agar dapat mengaksesnya. Web Based Training menghasilkan kombinasi media tulisan (teks), suara (audio), gambar (video), dan animasi. Media ini dapat dipergunakan di mana saja dan pada bila masa saja sesuai. Media ini lebih mudah diperbaharui, sehingga sistem ini lebih sesuai dengan perkembangan pengetahuan dan teknologi yang paling baru.

            Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, khususnya komputer pada saat ini dan pada masa yang akan datang diharapkan dapat menghasilkan Web Based Training yang lebih baik, lebih cepat, lebih interaktif, dan lebih sempurna. Web Based Training mempunyai kelebihan antara lain; mengkombinasikan kelebihan video kecepatan komputer, dan akses internet; mekanisme kerja program ini mampu menyesuaikan dengan semua gaya belajar; memungkinkan bagi pelajar untuk aktif berbincang; memungkinkan akses ke subjek/topik yang diingini bagi; pelajar juga dapat berhubung dengan guru/instrukur, dan walau berada di mana pun. Kelemahan Web Based Training ialah; memungkinkan kaedah bersemuka antara guru/pensyarah/ fasilitator dengan pelajar; perlu biaya mahal untuk melengkapi peralatan.

Format sosial

Kaedah E-Pembelajaran berasaskan Web dan Internet ini sangat popular digunakan kerana ia berupaya dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja . Di samping kandungannya yang interaktif seperti terdapat ruangan perbincangan, pengundian, perkongsian fail dan sebagainya. Ia juga menyediakan satu platform pembelajaran sokongan yang murah dari segi kos, meningkatkan akses kepada proses pembelajaran dan tanggungjawab pembelajaran diperluaskan kepada semua yang terlibat dalam proses pembelajaran tersebut .


E-Pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata.


E-Pembelajaran secara masa nyata atau bukan masa nyata. Bagi pembelajaran masa nyata adalah satu keadaan di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara serentak walaupun kedudukan fizikal pengajar dan pelajar adalah sangat jauh dari segi jaraknya seperti persidangan video, kuliah secara atas talian atau secara langsung menerusi satelit. Keadaan sebaliknya pula bagi e-pembelajaran secara bukan masa nyata. Web Based Training dan Computer Based Training adalah gabungan daripada pembelajaran secara nyata dan tidak nyata.

            Pembelajaran secara nyata seperti video conferencing dilakukan pada masa sebenar
dengan tenaga pengajar mengendalikan kelas. Semua log masuk pada masa yang ditetapkan dan mereka boleh berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain dan
bersama pengajar. Kebiasaannya dijalankan di Kelas virtual
komunikasi menggunakan video dan audio atau melalui video dan audio, teks sembang, berkongsi pembentangan, dokumen dan imej di atas papan putih. Selain itu persidangan audio dan visual serta ruangan sembang seperti chat room juga merupakan salah satu bentuk pembelajaran masa nyata, video conferencing. Pembelajaran secara tidak nyata pula adalah seperti penggunaan CD- ROM.




Kesimpulan

Oleh yang demikian, E-pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web dan Internet atau lebih dikenali sebagai pembelajaran atas talian. Sistem ini memerlukan pengguna untuk mempunyai akses internet dan mempunyai pengenalan diri juga kata laluan untuk mengakses laman web dan isi kandungannya. Contohnya adalah seperti e-pembelajaran yang diaplikasikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bagi memudahkan kelancaran proses pembelajaran dan interaksi antara pihak pentadbir, pensyarah dan juga pelajar iaitu portal pendidikan dan beberapa rangkaian seperti spin. Seperti biasa Web Based Training memerlukan pengguna untuk mendaftar dan mempunyai kata laluan untuk mengakses laman tersebut. Selepas mendaftar, pengguna boleh mengakses laman web ini. Format yang ditawarkan oleh web ini adalah format mingguan, format topik, dan format sosial seperti yang dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini.
            Belajar menggunakan e-pembelajaran merupakan satu bentuk pembelajaran yang berpusat kepada pelajar (self directed learning). Pelajar yang mengatur sendiri jadual belajar dan mencari maklumat serta membina kefahaman mereka yang tersendiri. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang berbeza juga tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran kerana masa yang diperuntukkan untuk seseorang pelajar belajar dan membina kefahaman adalah bergantung kepada kepantasan dan keupayaan pelajar itu sendiri. Berbanding kaedah pembelajaran tradisional, pelajar yang tidak ha dir ke kelas akan ketinggalan, sebaliknya melalui e-learning pelajar dapat mengikuti pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Analisis, Penilaian & Sintesis ulasan jurnal/buku

HPM
Kriteria
Pembuktian penulisan ulasan
HP1
Menguasai pengetahuan dan kefahaman lanjutan dalam bidang Pendidikan Komputer; menggunakannya; mengembangkannya dalam konteks penyelidikan:

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea yang dibaca dengan:
-          Mengemukakan idea
-          Mencadangkan sebab
-          Menyumbangkan pendapat
-          Menyatakan kemungkinan
-          Menghasilkan idea
-          Mencetus idea
-          Melahirkan idea
Dijelaskan dalam pengenalan mengenai tujuan sebenar kajian ini dilakukan. Dan mengemukakan idea pengkaji serta membincangkan kebaikan kajian.
HP2
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pendidikan Komputer dalam konteks multidisiplin dan menggabungkan bahan-bahan yang dibaca.

Menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu mensintesiskan maklumat yang dibaca dengan:
-          menggabungkan idea,
-          menggubal semula idea,
-          menyatukan idea-idea
-          menyepadukan idea-idea  

Menjelaskan dengan terperinci mengenai:
      i.        pengenalan serta masalah praktikal bagi web based training ini.
HP3
Boleh mengurus maklumat, menjana ilmu dan berinovasi dalam bidang Pendidikan Komputer dalam situasi baru dan konteks multidisiplin.

Kebolehan dalam menyelesaikan masalah;
-          Mengenal pasti masalah
-          Menjelaskan masalah
-          Mencari alternatif penyelesaian masalah
-          Melakukan operasi
-          Menilai penyelesaian
Dijelaskan dalam perbincangan yang mana menerangkan mengenai web based training dan perkaitannya.
HP4
Kebolehan menilai mengikut kemahiran berfikir secara kritis merangkumi aspek penilaian menilai:
-          Menaksir maklumat dalam jurnal
-          Mempertimbangkan pendapat dan pandangan pengkaji
-          Menyatakan rasional belajar pengaturcaraan
-          Memberi alasan untuk menerima atau menolak
-          Mempertimbangkan kesan dan akibat
Kebolehan membuat kesimpulan berasaskan kemahiran berfikir kritis:
-          Merumuskan isu
-          Menyatakan hasil selepas analisis
-          Menyusun alasan
-          Membuat persetujuan

Diceritakan dalam kesimpulan


HP5
Sumber; jurnal   Education Tech Research Dev. 58:377-398


http://www.scribd.com/doc/28604493/pembelajaran-e-learning



HP6
Penyampaian dalam blog

HP7
Penyampaian dalam blog






No comments:

Post a Comment